source : here |
Pada 15 Okt Kira-kira jam 3 pagi yg masih sunyi dan sepi, saya terjaga dri tidur krna anak kecil saya menangis kelaparan. Setelah selesai mnyusukan saya tidur kembali, dan tidak kurang dari 15 minit saya baring di tempat tidur, saya mendapat satu penglihatan dlm mimpi yang begitu menakutkan. Tiba-tiba saya terdengar suara2 org berteriak meminta tolong dan mereka mulai memanggil nama saya dan berkata "Shil, bangun dan berdoa". Saya mengenali suara2 itu dan pada wktu itulah saya bangkit dari tempat tidur, saya membuka jendela rumah dan saya melihat gumpulan2 awan hitam yg begitu tebal serta asap hitam turun ke bumi membentuk sepasukan tentera yang begitu ramai jumlahnya dan siap dengan senjatanya. Pada mulanya saya tidak memahami siapa tentera2 yang bru turun disebalik awan hitam yang tebal itu, tetapi Roh Kudus memberitahu kpd saya tentang tentera itu adalah penguasa-penguasa dilangit yang turun ke bumi untuk membinasakan ramai org.
Pada waktu itu saya melihat terjadi peperangan yang besar dan hebat diantara manusia dan makluk yang mengerikan itu. Saya melihat makluk2 itu bertopeng, muka mereka begitu hodoh dan menakutkan. Saya melihat makluk itu membunuh manusia tanpa belas kasihan dan merka juga masuk ke dalam gereja untuk mebinasakan org2 yg sedang beribadah. Tiba-tiba saya mendengar dua suara saudari yang memang saya kenal dan setia menjadi pendoa syafaat sampi pada hari ini berkata kepada saya, "Shil, angkat tanganmu dan berdoalah".Waktu itu juga saya mengangkat tangan saya dan berdoa, saya mulai berbahsa dlm bahasa2 yg saya sndiri tidak fahami.
Tiba-tiba saya melihat ada satu kuasa seperti angin yang kencang dan api yang begitu menyala mengalir dari tangan saya dan ia mulai memancar dan memukul ke arah makluk2 itu dan mereka smua mulai terkalahkan. Dalam keadaan itu saya merasa tangan saya yang terangkat mulai menjadi letih dan ingin menurunkanya, tapi tiba-tiba saya mendngar suara yang bukan suara manusia berkata,"Jgn turunkan tanganmu, kerana bila kmu menurunkanya makluk2 itu akan bangkit semula untuk membunuh lebih ramai org lgi". Saya tidak melihat siapa2 yng berkata kepada saya, tapi saya mengenal suara itu bahawa itu suara Yesus yang lembut dan penuh ketegasan.
Lalu saya berkata dlm hati apa erti semuanya ini Tuhan? Saat itu juga saya merasa kehadiran Roh Tuhan sendiri yng memberitahu kpdku yng dunia skrg dlm peperangan roh yng tak kelihatan. Inilah masa mereka menghancurkan dan memecah belahkan gereja2 Tuhan, membunuh dan memesongkan lebih ramai org lgi. Lalu Roh Tuhan berkata kpdku " senjata yang paling berkuasa ialah bila kamu mengangkat tangan dan berdoa maka segala musuhmu akan terkalahkan". Dia juga berkata "Gereja yang kuat apabila jemaah-Nya bertekun dalam DOA setiap waktu." Saya percaya lewat dari penglihatan ini, Tuhan memberikan mesej2 penting untuk kita semua, iaitu bertekun dalam DOA dan baca FIRMAN Tuhan, krna disitu kita akan mendapat kekuatan dan senjata yg tak dapat dikalahkan oleh iblis. Saya berdoa supaya setiap org yang membaca kesaksian singkat ini akan mengerti dan faham maksud mesej ini...dan biarlah Nama Tuhan kita yang dimuliakan.....Tuhan memberkati
0 comments:
Post a Comment